SEJARAH RINGKAS 25
RASUL
|
NABI ADAM A.S
|
|
Dikatakan hidup
lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah
s.w.t dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda
diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka
diantara mereka ada yang taat dan ada pula yang membangkang.
|
|
|
|
NABI IDRIS A.S
|
|
Merupakan keturunan
Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan
menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah
s.w.t
|
|
|
|
NABI NUH A.S
|
|
Merupakan keturunan
Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya
semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya
orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
|
|
|
|
NABI HUD A.S
|
|
Adalah keturunan
Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah
kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh
menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka
menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama
tujuh hari lapan malam.
|
|
|
|
NABI SALLEH A.S
|
|
Merupakan keturunan
Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan
Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan
patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah,
sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka
ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning,
hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar
petir.
|
|
|
|
NABI IBRAHIM A.S
|
|
Juga keturunan Sam
bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih
kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan
akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga
menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar,
akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan,
maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan
|
|
|
|
NABI LUTH A.S
|
|
Adalah bersaudara
dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya
kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
|
|
|
|
NABI ISMAIL A.S
|
|
Adalah anak Nabi
Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada
bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid
atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan
menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya
disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya
suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
|
|
|
|
NABI ISHAK A.S
|
|
Adalah anak kandung
Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah
di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar
zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan
mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170
tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin.
|
|
|
|
NABI YAAKUB A.S
|
|
Diutus oleh Allah
SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub
mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat
dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
|
|
|
|
NABI YUSSUF A.S
|
|
Anak Nabi Ya'kub as
yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid
iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang
nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau
wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil
|
|
|
|
NABI AYYUB A.S
|
|
Anak Amus bin Tarikh
bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan
agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang
93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
|
|
|
|
NABI DZULKIFLI A.S
|
|
Adalah anak Nabi
Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi
juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah
Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan
penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar
zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom
Selatan.
|
|
|
|
NABI SYUAIB A.S
|
|
Keturunan Nabi Luth
as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama
tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada
kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada
Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.
|
|
|
|
NABI MUSA A.S
|
|
Diutus oleh Allah
SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat,
berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka
menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as.
mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
|
|
|
|
NABI HARUN A.S
|
|
Diutus oleh Allah
SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat,
berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka
menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as.
mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
|
|
|
|
NABI DAUD A.S
|
|
Dibekalkan oleh
Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan
mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100
tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
|
|
|
|
NABI SULAIMAN A.S
|
|
Adalah anak Nabi
Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT
agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun
sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai
semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya
agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
|
|
|
|
NABI ILYAS A.S
|
|
Merupakan keturunan
Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan
kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar
sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as.
mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai
yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat.
Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.
|
|
|
|
NABI ILYASA A.S
|
|
Diutus Allah SWT
kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat
dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah
dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil
bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari
Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki
Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis.
Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan
Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan
dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
|
|
|
|
NABI YUNUS A.S
|
|
Keturunan Nabi
Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam
kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan
beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan
berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda
azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin
bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya
beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus
diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa
dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya,
sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur. |
|
|
|
NABI ZAKARIA A.S
|
|
Diutus kepada
bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu
juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi
sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa
Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
|
|
|
|
NABI YAHYA A.S
|
|
Diutus kepada
bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu
juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi
sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa
Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
|
|
|
|
NABI ISA A.S
|
|
Adalah insan yang
lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi
nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam
syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat
manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59) Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi). Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini: Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30) Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36) Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit. Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al Maidah:72-73) |
|
NABI MUHAMMAD S.A.W
|
|
Dilahirkan pada
tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi
Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan
darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh
makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar
"Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh
alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6) Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40) Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT. |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar